logo.jpg (12502 bytes)

ESTET PEKEBUN KECIL SDN. BHD.
Agen Pengurusan Bagi Ladang-ladang Dan Kilang-Kilang RISDA
 

 

HOME    |     PETA LAMAN    |    HUBUNGI KAMI

MENU UTAMA
Tender
Pengumuman
iklan_home.gif (12925 bytes)

Jualan Lembu Korban, & Akikah & Garam Mineral ESPEK Di Pusat Jualan ESPEK Livestock Sdn. Bhd.

Applikasi Interaktif (ESPEK)
webmail.jpg (5794 bytes)
opmis.jpg (6091 bytes)
e-reporting.jpg (7144 bytes)

Hubungi kami
Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd.
GRAHA ESPEK
No. 31, Jalan Suleiman 3,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel     : 03-42704021
Fax    : 03-42704844/45/47
E-mel : espek@espek.com.my
Laman Web : www.espek.com.my


Ibu Pejabat

R & D

Ladang

Kilang

Rangkaian

Risda.jpg (7404 bytes)   mpob.jpg (5162 bytes)

Felcra.jpg (6215 bytes)   mpoc.jpg (4438 bytes)

Bilangan Pengunjung

stat_icon.jpg (4168 bytes)11055
Sejak 1 April 2007

Kemaskini

13 Ogos 2009, 9:30 Pg







Berita
Berita Dalaman

Jawatan Kosong 

Arahan Pertukaran Pusat Tanggungjawab


Pertukaran Nombor Telefon & Faksimili

Peserta Kursus Pengurusan Stor & Inventori

Lokasi Ladang-ladang & Kilang-kilang


peta-kecil.jpg (4585 bytes)


Galeri ESPEK



Isnin - 27 Julai 2009

          Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang ESPEK 2009 dan penyampaian Anugerah Khidmat Setia (25 tahun Perkhidmatan) telah diadakan di Hotel Bayview, Melaka. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi RISDA/ESPEK, Y. Bhg. Tan Sri A Rahim Tamby Chik. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku oleh kumpulan koir Espek dan diikuti dengan bacaan doa dipimpin oleh En. Syawal @ Ahmad Syawal b. Mohamed.

          Antara ucapan aluan Pengurus Besar ESPEK, Tn. Hj. Kamaruddin b. Mohamed Shah menyatakan bahawa tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang. Beliau juga menekankan bahawa kualiti perkhidmatan yang baik dan cemerlang adalah bersandarkan kepada sikap dan semangat kerja berpasukan yang akan menentukan jatuh bangun atau maju mundur sesebuah organisasi. Bertindak secara berpasukan ialah satu tuntutan dalam Islam iaitu sebagaimana Firman Allah yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalannya dengan berbaris-baris, seolah-olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat, dimana mengambarkan satu andaian “Teamwork” yang kukuh, mantap dan kuat”

          Y. Bhg. Tan Sri A Rahim Tamby Chik dan Tn. Hj. Kamaruddin b. Mohamed Shah telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Khidmat Cemerlang dan penerima Anugerah Khidmat Setia.

Senarai penerima Anugerah Khidmat Cemerlang ESPEK 2009 :-


BIL


KATEGORI


PEMENANG

1

Pengurusan Ladang Cemerlang Tahun 2008

Ldg. RISDA Bera

2

Pengurusan Ternakan Cemerlang

Ldg. RISDA Palong (Division A)

3

Field Pengeluaran Hasil Cemerlang Tahun 2008

Ldg. RISDA Bukit Kota (Division B) – P029

4

Anugerah Khas Pengurus Besar

Mohd. Napis b. Hasan

5

Pengurus Ibu Pejabat Cemerlang

Hj. Che Khalid b. Che Hasan

6

Pen. Pengurus Ladang/Kilang Cemerlang

Mansor b. Awang

7

Eksekutif Ibu Pejabat Terbaik

Syawal @ Ahmad Syawal b. Mohamed

8

Kakitangan Ibu Pejabat Cemerlang

Nor’Izah bt. Deraman

9.

Kakitangan Pejabat Ladang/Kilang Cemerlang

Mohd. Nahar b. Mohd. Naim

10

Konduktor Ladang Cemerlang

Syed  Mohamad Nazir b. Syed Mohamad


Ahad - 26 Julai 2009

         Bagi meraikan pesara-pesara ESPEK yang telah bersara selepas April 2009 satu Majlis Malam 'Jasamu Dikenang’ telah diadakan di Hotel Bayview, Melaka. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan Pihak Pengurusan ESPEK kepada pesara atas segala sumbangan dan pengorbanan yang diberikan sepanjang bertugas di ESPEK.

          Majlis bermula dengan bacaan doa dan jamuan makan malam diiringi persembahan dari Alin Production dan nyanyian karaoke. Majlis diteruskan dengan tayangan ‘slide’ pesara-pesara dan ucapan aluan daripada Pengurus Besar ESPEK, Tn. Hj. Kamaruddin b. Mohamed Shah serta penyampaian cenderahati kepada pesara.

          Majis ini turut dihadiri oleh Y. Bhg. Tan Sri A Rahim Tamby Chik, Y. Bhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan dan PRN Negeri Sembilan. Majlis berkahir pada jam 11.00 malam.


Jumaat - 12 Jun 2009

          Lawatan kerja oleh Y. Bhg. Dato’ Ketua Pengarah RISDA selama 2 hari bagi melaksanakan Program CSR ESPEK di Lombok, Indonesia. Lawatan diiringi oleh Tn. Hj. Kamaruddin b. Mohamed Shah,  Pengurus Besar ESPEK,  Pn. Rahimah bt.  Johan,  Ketua Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia, Tn. Hj. Abdullah Sawal b. Hj. Madon, Pengurus Kanan EPSB dan Pn. Che Norizan bt. Che Aziz,  Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia/PRO. Lawatan dan perjalanan diuruskan oleh PT Kijang di Lombok dan Surabaya

          Melalui program ini Dato' KP telah menghulurkan sumbangan kepada 60 orang anak yatim di Lombok Timur.  Selain itu beliau turut menyampaikan sumbangan bernilai Rp 5.5 Juta untuk membaik pulih sekolah tahfiz, membeli  batu-bata, simen dan satu unit pembesar suara untuk Masjid Normada di Lombok Barat. Selepas Program CSR ahli rombongan telah dibawa melawat projek tanaman Nilam yang diusahakan oleh Pak Basuki.

           Pihak Pengurusan ESPEK berharap program seperti ini akan membawa keberkatan kepada ESPEK dan seterusnya menaikkan nama RISDA/ESPEK khususnya di Negara Indonesia.


Ahad - 7 Jun 2009

         Sintok, 7 Jun 2009, Y. Bhg. Dato’ Mohamad Izat b. Hasan, Ketua Pengarah RISDA telah meluangkan sedikit masa melawat Ladang Risda Tg. Genting. Lawatan singkat ini amat bermakna kerana disamping taklimat mengenai ladang oleh En. Md. Aziz b. Ali (Ketua Jabatan Perladangan), Y. Bhg. Dato’ Ketua Pengarah dan rombongan juga sempat dibawa melawat dalam ladang dan projek kambing Boer.

          Turut serta dalam lawatan ini ialah Y. Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad Zuki b. Hj. Mohamad, TKP (Pengurusan & Korporat), PRN Perlis, Pengurus Besar Binaris dan Tn Hj. Mohd. Najib b. A. Samad,  Pengarah Bahagian Peningkatan Ekonomi, serta Pengurus Besar ESPEK, Tn. Hj. Kamaruddin b. Mohamed Shah.


Khamis - 28 Mei 2009

        Satu taklimat berhubung Pembiayaan Pengurusan Kewangan dan Pembiayaan Pinjaman Perumahan ESPEK telah disampaikan oleh Pegawai dari Bank Muamalat, Tn. Hj. Ghazali bertempat di Dewan Mestika Sari, Graha ESPEK. Melalui taklimat ini Bank Muamalat mengajak warga ESPEK mengamalkan gaya hidup sihat dengan Pengurusan Kewangan Berhemah melalui 4 perkara penting iaitu  perlindungan, simpanan, hutang dan keperluan harian. Warga Espek juga dinasihatkan agar menabung dan memilih organisasi yang kukuh untuk urusan perbankan.

         Selain daripada itu Bank Muamalat turut menyampaikan taklimat kepada pegawai dan kakitangan yang masih ada pinjaman perumahan ESPEK/Bank Muamalat untuk tujuan 'refinancing' berikutan penurunan BFR.



Jumaat - 22 Mei 2009

  
       Bertempat di Dataran Pelangai, Simpang Pelangai Bentong, Pahang, satu program Rakyat Sihat Bersama YAB Menteri Besar Pahang Dan Majlis Penyampaian Dividen TSK Daerah Bentong telah diadakan. Majlis dihadiri oleh Pengarah RISDA Negeri Pahang, Y. Bhg. Dato’ Hj. Mujahid Bin Mohamad,  Pengurus Besar RISDA Plantation Sdn. Bhd. dan Pengurus Besar Majlis Agama Islam Negeri Pahang.

          Program bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Di majlis ini, Pengurus Besar ESPEK, Tn. Hj. Kamaruddin bin Mohamed Shah telah mengambil kesempatan untuk menyerahkan sebahagian daripada wang zakat ELSB kepada Majlis Agama Islam Negeri Pahang. Wang zakat berjumlah RM34,290.68 ini disampaikan kepada YAB Menteri Besar Pahang untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pahang.

          Jumlah keseluruhan wang zakat perniagaan  ESPEK Livestock Sdn. Bhd. (ELSB) bagi tahun kewangan 2007 adalah sebanyak RM120,489.90. Selain daripada Majlis Agama Islam Negeri Pahang, wang zakat ini juga telah diagih-agihkan kepada beberapa negeri antaranya Terengganu,  Negeri Sembilan, Perak dan Johor. Semua  negeri ini dipilih kerana adanya ternakan lembu dalam Ladang RISDA di negeri-negeri tersebut.


 

PENAFIAN
Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer Versi 6 dan keatas serta resolusi monitor 1280 x 1024