ESPEK menjalankan khidmat nasihat melalui ESPEK Research and
Advisory Services (ERAS). Perkhidmatan yang ditawarkan terdiri daripada analisis makmal
bagi daun, baja dan tanah, kajian feasibiliti, syor pembajaan, nasihat pengurusan ladang
dan sebagainya.
Satu lagi bidang kepakaran ERAS adalah kajian tanah bagi tujuan penentuan
kesesuaian tanaman, mengklasifikasikan siri tanah dan penentuan CEC.
Bagi menigkatkan efisiensi makmal, makmal ERAS dilengkapi dengan
peralatan-peralatan makmal yang terbaru.
Makmal kimia ERAS telah dikurniakan akreditasi ISO/IEC 17025 sejak tahun 2003.