top
logo

ESPEK Interactive





Hubungi Kami

ESPEK Sdn. Bhd. GRAHA ESPEK No. 31, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-42704021
Fax : 03-42704844/45/47/42
E-mel : espek@espek.com.my
Laman Web : www.espek.com.my


Anak Syarikat
ESPEK Livestock Sdn. Bhd.
ESPEK Plantations Sdn. Bhd.
Lokasi Ibu Pejabat
Lokasi Ladang & Kilang

Rangkaian

 

Login




Amanat Pengurusan 2012

ESPEK memilih Kota Bahru, Kelantan sebagai membuka tirai tahun 2012 dengan Amanat & Bengkel Pengurusan ESPEK 2012. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 90 orang peserta terdiri daripada Ketua Read more

Mesyuarat Pengurusan ESPEK

01 Disember 2011, ESPEK mengadakan Mesyuarat Pengurusan ESPEK kali ke 5/2011 di 11@Century Hotel, Johor Bahru, Johor. Mesyuarat Pengurusan kali ini antaranya membincangkan prestasi ladang/kilang RISDA dan Perancangan Read more

Kejohanan Sukan ESPEK

ESPEK telah mengadakan Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Kejohanan Sukan ini bermula pada 15 hingga 18 Disember 2011. Read more

http://www.espek.com.my/Estates/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/717465img_6855.jpg http://www.espek.com.my/Estates/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/249852img_5911.jpg http://www.espek.com.my/Estates/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/548917img_8434.jpg
  • 0
  • 1
  • 2
ESPEK Sdn. Bhd.
KEJOHANAN SUKAN KEBANGSAAN ESPEK KALI KE 5

 

ESPEK telah mengadakan Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.  Kejohanan Sukan ini bermula pada 15 hingga 18 Disember 2011.  ESPEK Zon Utara/Tengah telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menjayakan Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 ini.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh  Tn. Hj. Mohamat b. Muda,  TKP(Pembangunan) RISDA.  Sebanyak  10 acara sukan dan 4 Kontinjen yang bertanding untuk sukan pada kali ini yang terdiri daripada Zon Utara/Tengah, Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Ibu Pejabat/Eras. Kontinjen Ibu Pejabat/Eras telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 ini.  Disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan warga ESPEK, Kejohanan Sukan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf ESPEK di setiap zon. Syabas kepada semua kontinjen yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 di Arau Perlis yang berlangsung dalam suasana meriah dan semangat kesukanan yang tinggi.

     

 

   

Last Updated on Thursday, 02 February 2012 00:09
 
AMANAT & BENGKEL PENGURUSAN ESPEK 2012

 

ESPEK memilih Kota Bahru, Kelantan sebagai membuka tirai tahun 2012 dengan Amanat & Bengkel Pengurusan ESPEK 2012. Bengkel yang diadakan pada 17 dan 18 Januari 2012 ini dihadiri oleh seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pengurus-Pengurus Ibu Pejabat, Pengurus-Pengurus Ladang/Kilang,  Eksekutif Ibu Pejabat, ladang/kilang dan kumpulan Perkeranian. Bengkel Pengurusan ESPEK ini diadakan setiap awal tahun sebagai satu wadah menyampaikan hasrat pengurusan untuk mengorak langkah bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan, seiring dengan moto Amanat & Bengkel Pengurusan ESPEK 2012, ”Transformasi Menjana Kejayaan”. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri A Rahim b. Tamby Chik, Pengerusi RISDA.

Last Updated on Thursday, 02 February 2012 07:38
 
MESYUARAT PENGURUSAN ESPEK KALI KE - 05/2011

 

01 Disember 2011,  ESPEK mengadakan Mesyuarat Pengurusan ESPEK kali ke 5/2011 di 11@Century Hotel, Johor Bahru, Johor.  Mesyuarat Pengurusan kali ini antaranya membincangkan prestasi ladang/kilang RISDA dan Perancangan KPI ESPEK dan anak-anak syarikatnya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Kamaruddin b. Mohamed Shah, Ketua Pegawai Eksekutif ESPEk Sdn. Bhd.

 

  

Last Updated on Tuesday, 31 January 2012 08:44
 

bottom

PENAFIAN
ESPEK Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer Versi 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi monitor 1024 x 768

Hakcipta Terpelihara 2011 © ESPEK Sdn. Bhd.