top
logo

ESPEK Interactive




Hubungi Kami

ESPEK Sdn. Bhd. GRAHA ESPEK No. 31, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-42704021
Fax : 03-42704844/45/47/42
E-mel : espek@espek.com.my
Laman Web : www.espek.com.my


Anak Syarikat
ESPEK Livestock Sdn. Bhd.
ESPEK Plantations Sdn. Bhd.
Lokasi Ibu Pejabat
Lokasi Ladang & Kilang

Rangkaian

 

Login




Amanat Pengurusan 2012

ESPEK memilih Kota Bahru, Kelantan sebagai membuka tirai tahun 2012 dengan Amanat & Bengkel Pengurusan ESPEK 2012. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 90 orang peserta terdiri daripada Ketua Read more

Mesyuarat Pengurusan ESPEK

01 Disember 2011, ESPEK mengadakan Mesyuarat Pengurusan ESPEK kali ke 5/2011 di 11@Century Hotel, Johor Bahru, Johor. Mesyuarat Pengurusan kali ini antaranya membincangkan prestasi ladang/kilang RISDA dan Perancangan Read more

Kejohanan Sukan ESPEK

ESPEK telah mengadakan Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Kejohanan Sukan ini bermula pada 15 hingga 18 Disember 2011. Read more

Lawatan Kerja ke Cambodia dan Thailand

26 - 31 Januari 2012, RISDA dan ESPEK mengorak langkah di awal tahun 2012 ke Cambodia dan Thailand bagi meninjau peluang pelaburan khususnya dalam sektor penanaman getah Read more

Syarikat ke-2 Terbaik Dibawah KKLW

ESPEK SDN. BHD. telah dinobatkan sebagai syarikat kedua terbaik tahun 2010 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah(KKLW). Read more

http://www.espek.com.my/Estates/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/717465img_6855.jpg http://www.espek.com.my/Estates/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/249852img_5911.jpg http://www.espek.com.my/Estates/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/548917img_8434.jpg http://www.espek.com.my/Estates/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/500319img_2960.jpg http://www.espek.com.my/Estates/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/418619sijil_kklw_2010___2.jpg
  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
ESPEK Sdn. Bhd.
TENDER


 

Last Updated on Friday, 11 May 2012 09:44
 
PENGUMUMAN

 

PERTUKARAN / PENEMPATAN BARU STAF ESPEK



Last Updated on Thursday, 10 May 2012 01:44
 
LAWATAN KERJA YBHG. TAN SRI A RAHIM B. TAMBY CHIK, PENGERUSI RISDA/ESPEK KE CAMBODIA DAN THAILAND

 

 

LENSA ESPEK DI CAMBODIA & THAILAND

 

 

 

26 - 31 Januari 2012, RISDA  dan ESPEK mengorak langkah di awal tahun  2012 ke Cambodia dan Thailand bagi  meninjau peluang pelaburan khususnya dalam sektor penanaman getah dan sawit . Satu lawatan kerja telah diatur bagi meninjau dengan lebih dekat dan melihat sendiri peluang pelaburan dan trasformasi pertanian di negara-negara tersebut. Program lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBhg. Tan Sri A Rahim b. Tamby Chik, Pengerusi RISDA/ESPEK. Turut serta dalam lawatan ini, Tn. Hj. Mohamat b. Muda, TKP(Pembangunan)RISDA, YBhg. Datuk Kamaruddin b. Mohamed Shah, Ketua Pegawai Eksekutif ESPEK, Tn. Hj. Mohd. Ihwan b. Sudim, Pengarah Bahagian Pelaburan & Pembangunan Syarikat, Tn. Hj. Mohd. Najib b. A. Samad,  Ketua Pegawai Eksekutif RPSB, Tn. Hj. Abdullah Sawal b. Hj. Madon, Pengurus Kanan EPSB dan beberapa pegawai RISDA dan ESPEK.  Dalam program lawatan ini, YBhg. Tan Sri mengadakan perjumpaan rasmi dengan H.E Samdech Hun Sen, Perdana Menteri Cambodia bagi membincangkan peluang perniagaan dan teknologi pertanian di negara tersebut.  Sebelum bertolak ke Bangkok Thailand, YBhg. Tan Sri telah menyampaikan zakat ESPEK Sdn. Bhd. kepada penduduk Kg. Phum Chuk Sar, Cambodia.  Ahli rombongan meneruskan lawatan  ke Institut Penyelidikan Getah Thailand yang turut disertai oleh YBhg. Dato' Wan Mohammad Zuki b. Mohamad, Ketua Pengarah RISDA.  Program lawatan kerja ini merupakan satu inisiatif  untuk menambahkan produktiviti pengeluaran getah dan sawit yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada masyarakat pekebun kecil di Malaysia.

Last Updated on Monday, 27 February 2012 04:07
 
BERITA

 

KEJOHANAN SUKAN KEBANGSAAN ESPEK KALI KE 5

ESPEK telah mengadakan Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Kejohanan Sukan ini bermula pada 15 hingga 18 Disember 2011. ESPEK Zon Utara/Tengah telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menjayakan Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohamat b. Muda, TKP(Pembangunan) RISDA. Sebanyak 10 acara sukan dan 4 Kontinjen yang bertanding untuk sukan pada kali ini yang terdiri daripada Zon Utara/Tengah, Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Ibu Pejabat/Eras. Kontinjen Ibu Pejabat/Eras telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 ini. Disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan warga ESPEK, Kejohanan Sukan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf ESPEK di setiap zon. Syabas kepada semua kontinjen yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Kebangsaan ESPEK kali ke 5 di Arau Perlis yang berlangsung dalam suasana muhibbah dan semangat kesukanan yang tinggi.


 

 

Last Updated on Friday, 11 May 2012 04:30
 
SYARIKAT KEDUA TERBAIK DI BAWAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH (KKLW)

 

 

ESPEK SDN. BHD.  telah dinobatkan sebagai syarikat kedua terbaik tahun 2010 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah(KKLW).  Anugerah telah disampaikan oleh  YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri KKLW di majlis Malam Gemilang KKLW pada 18 Januari 2012 yang lalu. Pengurusan tertinggi ESPEK mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga ESPEK kerana telah memberikan perkhidmatan dan komitmen yang tinggi sehingga membawa kejayaan kepada ESPEK.  Datuk CEO ESPEK berharap kejayaan ini akan dikekalkan di tahun akan datang malah ianya boleh menjadi syarikat terbaik di bawah KKLW.

Last Updated on Tuesday, 08 May 2012 01:40
 
AMANAT & BENGKEL PENGURUSAN ESPEK 2012

Sekitar Gambar Amanat & Bengkel Pengurusan ESPEK 2012

ESPEK memilih Kota Bahru, Kelantan sebagai membuka tirai tahun 2012 dengan Amanat & Bengkel Pengurusan ESPEK 2012. Bengkel yang diadakan pada 17 dan 18 Januari 2012 ini dihadiri oleh seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pengurus-Pengurus Ibu Pejabat, Pengurus-Pengurus Ladang/Kilang,  Eksekutif Ibu Pejabat, ladang/kilang dan kumpulan Perkeranian. Bengkel Pengurusan ESPEK ini diadakan setiap awal tahun sebagai satu wadah menyampaikan hasrat pengurusan untuk mengorak langkah bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan, seiring dengan moto Amanat & Bengkel Pengurusan ESPEK 2012, ”Transformasi Menjana Kejayaan”. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri A Rahim b. Tamby Chik, Pengerusi RISDA.

Last Updated on Thursday, 16 February 2012 14:59
 

bottom

PENAFIAN
ESPEK Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer Versi 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi monitor 1024 x 768

Hakcipta Terpelihara 2011 © ESPEK Sdn. Bhd.